cambiamento ;
maaf ;

Saturday 20 June 2015 @ 16:03 | 0 Comment [s]


Assalamualaikum .
hoho,first,selamat menunaikan ibadah puasa ~ 
okay,kali ni saya nak share tentang 'maaf'
Wahh,maaf? Perkara yang sudah menjadi kkebiasaan dalam hidup kita.
Kita buat salah.Kita minta maaf.Orang tersebut maafkan.So,kita anggap dah settle.Semudah itu.
Tetapi,adakah semudah itu? Kalau semudah itu,kenapa still berlaku permusuhan dan dendam sesama kita?
bukan ke kita ni umat islam adalah bersaudara ?
Baiklah.Cuba kita fikirkan kembali . ~
Saya bagi satu contoh , katakan adalah sorang ni (A) berjalan dan tetiba kita terlanggar seseorang (B) . Ala,terlanggar sikit je.
Tapi,ya allah,si B tu marah kita bagai nak rak.Macam kita langgar dia sampai cedera.Tapi,si A tu pulak,tunduk je pastu , tahu dia buat ape? Eit,bukan nak minta maaf tapi dia blah cam tu je.Si B tu pulak berdiri dan tergamam.Si B be like ,, "whaaaa.." si A yang tak berperasaan nih pulak (yang blah tadi) dahlah tak minta maaf.
Warning : andai orang yang anda terlanggar itu adalah orang bukan mahram anda atau ajnabi,better kalau minta maaf (tanpa buat eye contact !) pastu pastikan ada seorang lagi bersama anda atau buatlah urusan 'meminta maaf' tu di tempat yang ramai orang.okay..?
baiklah,jum teruskan.Kalau ikutkan,kalau kita,mesti kita marah kan,dahlah terlanggar pastu tak minta maaf pulak ! Eish,,sabar jelahh.Pernah berlaku?  Haha ~apa
kata kita tukar sikit ye cerita tadi.
Si A ni berjalan dan terlanggar si B.Si A terus minta maaf.Ok,dah bagus dah tu ada la progress.Tapi,..ok TAPI,si B pulak yang ego tahap maksima taknak maafkan.Dahlah tak nak maafkan,pastu,marah dia..masya Allah,macamlah teruk sangat.-,- eih,si A ni
pulak sabar je dengar pastu apa lagi? Blah lah.Malas ah nak dengar.Buat sakit telinga.Pastu,si B pulak yang panas tengok si A ni blah macam tu je. (Eleh,salah dia jugak 
-,-) 
Ok,tadi sebenarnya dah ok , sepatutnya lah.Itupun kalau si B tu maafkan,dah lama settle.Tak perlu fikir lebih-lebih.Tapi,disebabkan keegoan si B yang menggunung,masalah ni bertambah teruk.Dah jadi pergaduhan pulak nanti.Sakit hati pulak yang dia dapat.Ok,bayangkan kita berada di situasi di atas,adakah kita akan buat perkara yang sama? Senang cerita,dalam situasi apapun,contohnya,kita bagi kawan kita pinjam barang kita,kemudian,kawan kita tu pulak TERhilangkan barang tu.Pastu,mestilah,kita terasa marah,kan lebih-lebih lagi barang tu kita sayang sangat.Sedih kot.Tapi,kawan kita dah minta maaf dah pun.Takkan kita still nak tarik muka masam kita depan dia? Apa yang kita dapat? Takkanlah kerana masalah sebegitu dah nak putus kawan? Taknaklah sampai kita bermusuh.Bila fikirkan balik,kita sendiri tak suka bermusuh,penat katanya,tapi..kenapa kegiatan 'membuat musuh' dan 'mencari pasal' masih berleluasa?
Hanya kerana masalah yang sangat-sangat kecil,kita besarkan sampai bergaduh.Taknaklah macam tu,kan?
Even,Rasulullah maafkan umatnya.Cuba bandingkan umat rasulullah masa zaman rasulullah dengan sekarang? Dulu,time orang-orang kafir menghina nabi,memukul nabi,membaling batu kat nabi,still,Rasulullah maafkan mereka.Rasulullah sikit pun tak pernah rasa sakit hati pun.Walaupun sedikit.Rasulullah tak pernah balas apa yang mereka buat,tak pernah marah. Hebatnya Rasulullah!
Tapi,kenapa kita tak boleh jadi sesabar Rasulullah?Kenapa kita boleh maafkan orang?
adakah kita lebih mulia daripada rasulullah?
even Rasulullah  boleh maafkan seluruh umatnya.SELURUH.Kita nak maaf kan dua tiga orang je pun dah berat.
kenapa?
Orang tu buat kat kita lagi teruk ke dari apa yang orang-orang kafir tu buat kat Rasulullah?
Orang-orang kafir ingin membunuh rasulullah di saat baginda tak bersalah,tapi,Rasulullah maafkan mereka.
Adakah kita punya keadaan lebih teruk?
Kita sendiri takkan terlepas dari buat silap.Dan takkan terlepas dari minta maaf hatta sekecil mana pun kesilapan kita pada orang lain,still,kita kena minta maaf dan orang tu pun kenalah mainkan peranan untuk memaafkan.
Kita punyai ego masing-masing.Tapi,hanya kita yang pegang alat yang sesuai untuk runtuhkan dinding keegoan yang semakin menebal.
Hanya kita yang tahu tentang diri kita.Kalau rasa taknak minta maaf,tak payahlah buat silap.Jangan pernah buat salah dengan orang.
Anda rasa boleh? Kalau boleh,takpe. Haha ~
Apapun,sampai bila kita nak bermusuh-musuhan?
Small matter je , pungg..itu pun nak gaduh-gaduh?
Baik settlekan kat dunia,daripada hang kena settlekan kat akhirat nanti.
Kalau,ditakdirkan orang tu tak redha,kat akhirat nanti,kita yang kena tahan.mestilah taknak.
manusia.
lumrahlah kita buat silap ngan orang lain.
itu sebab wujudnya perkataan minta maaf,sorry,,etc.
kalau tak , semua manusia dalam dunia ni perfect.
anda rasa anda perfect dan boleh hidup tanpa buat sebarang kesilapan?
Rasulullah pun pernah ditegur oleh Allah (Surah 'abasa) apatah lagi kita?
fikirkan lah . Kita dah jaga hubungan kita dengan Allah,dah bagus dah tu.Tapi,hubungan dengan manusia kita tak jaga langsung pun tak guna jugak.
"حبل من الله حبل من الناس"
Konklusinya,runtuhkan keegoan kita.Sekejap pun jadilah dan minta maaf dan maafkanlah dengan mudah,
kita bukan tuhan untuk menghukum kesalahan orang.
Itu tugas Allah.
dan,jagalah hubungan dengan Allah,jagalah hubungan dengan manusia.
Kita duduk dekat bumi ni,bukan sorang-sorang,tapi ramai-ramai.
Allah cipta ramai manusia supaya kita dapat berukhuwah kerana-Nya dan memakmurkan bumi Allah.Itu amanah kita.
Macam mana kita nak tunaikan amanah kita kalau ummah sekarang berpecah belah ?

P/s:minta maaf sekiranya terdapat kekasaran dan kekurangan dalak post ni.Andai ada tersilap dari segi ejaan atau ayat atau apa apa pun sila tegur melalui comment atau di cbox.Terima kasih atas jasa anda membaca post yang tak seberapa ni. (Melebih lakk --')
Sekian,syukran wa salam ramadhan al-mubarak ! ^^


Older Post
The Disclaimer

assalamualaikum ,hi, i'm aisyah rizal.14 y/o.samtenian.be nice.^^
Navigations

Diary About Site


footprints


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : aisyah_rizal

Best View at GOOGLE CHROME!