cambiamento ;
pendam ;

Friday, 5 June 2015 @ 07:00 | 0 Comment [s]



Assalamualaikum ,
Haihh,siap pun re-edit blog ni.

Ok tajuk kali ni 'pendam'
Ramai orang buat .
sedih . Pendam.
marah . Pendam.
suka someone.  Pendam
private . Pendam
jealous . Pendam

Kita pendam sebab kita tak mau orang tahu.So,kita boleh panggil ia sebagai 'rahsia'.

Hmm,rahsia takkan nak cite kat orang lain kut..?
mestilah nak disimpan rapi tanpa diketahui oleh khalayak ramai , kan?

Tapi,kadang-kadang pendam-memendam ni boleh membawa padah.
Bagaimana ia boleh membawa padah?
Macam ni, contonyaa,
kita tulis karangan atau surat,dah tulis panjang lebar dah nih,pastu tetiba pulak ada la seorang kawan ni tertumpahkan air,pastu kertas tu basah dan terkoyak.
Takkan nak pendam je kot? Kesannya ialah ;
  1. Orang ntah2 tak sengaja pastu dia tak tahu mana silap dia.
  2. Pendam geram + marah = dendam
Tapi,bukanlah maksud saya , kita kena marah dia atau mengamuk kat dia . Tapi,sekadar tegur atau cakap secara baik dengan dia , in sha allah dia faham dan hati kita pun lega.

Selain tu,tak rasa stress ke pendam lama-lama? Ok,lagi satu contoh,
kita ada masalah ngan kawan-kawan,macam gaduh ke,salah faham ke..macam tulah pastu mestila sedih,kan? Tapi,tak rasa stress ke pendam ?
tapi kalau nak luah kat ;
kawan = kita kan problem ngan dia @ nanti dia share kat orang lain pulak.
Family = takkan faham
diari = orang curi-curi baca pulak

Jadi,nak mengadu kat sapa? Hati dah sakit sangat dah ni.Dah banyak sangat kita pendam sampai rasa nak meletup.

Ada satu sahaja jalan.
iaitu kita share kat Allah.
Share kat Allah , in sha allah, rahsia kita
100% guaranteed Safe + secured !
dan in sha allah , Allah akan beri kita solusi kepada masalah kita !
Jadi,hati pun lega dan menjadi lebih tenang dan lebih sadho !

tapi,tak bermakna kita tak boleh share kat orang lain.,boleh tapi,kita pun kenalah faham pendapat orang lain.Dan in sha allah,dia boleh jaga aib kita kalau kita pun jaga aib dia..~

Konklusinya,
di saat hati kita pedih ditusuk dengan pelbagai kata tohmahan ,
di saat kita tiada tempat lagi untuk mengadu,
saat itulah Allah ada untuk dengar setiap aduan kita dan beri kita petunjuk dan kekuatan.
Tapi,kita kenalah ingat Allah dulu ! ●<●

Ok,,akhir sekali,minta maaf sekiranya post kali ni terdapat banyak cacat cela dan tak berapa nak gempak.Terima kasih , sekian. ^^

p/s: ambil 'ibrah ! dan jazakallahukhairan ~



Older Post | Newer Post
The Disclaimer

assalamualaikum ,hi, i'm aisyah rizal.14 y/o.samtenian.be nice.^^
Navigations

Diary About Site


footprints


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : aisyah_rizal

Best View at GOOGLE CHROME!