cambiamento ;
Reset ;

Thursday, 11 June 2015 @ 07:15 | 0 Comment [s]


Assalamualaikum,
hmm,cuti sekolah dah nak berakhir,maksudnya lepas ni kena balik asrama.Seronoknya dah nak masuk bulan Ramadhan . Mesti tak sabar kan? Tak sabar raya ke tak sabar puasa? Haha .

Ok,topik kali ni tentang reset.Reset? Apa itu reset?

Reset tu bermakna menetapkan semula.

Menetapkan semula? Nak cakap pasal apa nih?

Ok,bayangkan kita nak reset alarm kat jam loceng.Kalau kita nak bangun pukul 5 lah katakan,mesti kita set jam pukul 5 .Jadi jam loceng akan berbunyi pukul 5 dan bukan pukul 7 kan.Dan kita boleh reset pukul 4 pula dan jam loceng tu akan berbunyi pukul 4 pula.

Macam kita nak reset niat kita.Niat kita kalau kita dah tetapkan betul-betul yang kita nak,in sha allah ,kalau selaras dengan usaha kita,kita akan dapat.
Contohnya,kita nak qiyamullail start malam ni.Dah set niat dah ni.Kalau kita usaha macam yang kita nak,kita boleh buat qiyamullail hari-hari , sebab kita dah niat.

Tapi,ingat! Niat tu kena sertakan lillahi ta'ala. Kalau tak, tak gunalah amalan yang kita buat tu.

Lagi satu,kalau kita set niat kita sebab nak kejar populariti di dunia semata-mata,kita dapatlah populariti yang kita kejarkan tu,tapi mungkin ia tidak akan kekal sebab dunia kan sementara . ^^
Kalau niat kita ikhlas lillahi ta'ala,  in sha allah,Allah akan beri kita ganjaran dan kebahagiaan kat akhirat kelak. ~

Konklusinya,kita kena reset balik niat kita hanya kerana Allah.Sebab kalau kita buat kerana dunia yang tak kekal lama nih,tak kemanalah.Kita mesti taknak amalan kita jadi sia-sia kan?Walaupun 100 tahun beribadah, tapi kerana sedikit perasaan riak walaupun seberat zarah habis hancurlah amalan-amalan kita.Tak nak la macam tu,kan.
Jadi,bila rasa niat dah tersasar,  reset balik! Ingat Allah!

So,dah reset ke belum?resetlah niat untuk berubah ke arah kebaikan ! In sha allah.wassalam

P/s : minta maaf post tak seberapa dan kalau ada terkasar bahasa.Dan ambil 'ibrah ! Apapun,terima kasih. Jazakallahukhairan :)



Older Post | Newer Post
The Disclaimer

assalamualaikum ,hi, i'm aisyah rizal.14 y/o.samtenian.be nice.^^
Navigations

Diary About Site


footprints


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : aisyah_rizal

Best View at GOOGLE CHROME!